Monday, 26 March 2012

BERITA DAN MAKLUMAT TERKINI KELAB

" GOLF SILLATURAHIM KELAB INTAKE 32  "

Kelab Intake 32, atas inisiatif Presidennya Mej Wahid (Bersara) telah mengadakan pertandingan golf di Kelab Golf Perangsang Templer pada 22 Mac 2012 yang lalu.  Seramai 10 orang ahli kelab Intake 32 telah menyertai pertandingan golf ini dan 9 orang lagi menyertainya semasa makan tengahari.  Menurut Presiden Kelab Intake 32, Mej Wahid (Bersara), semasa ucapan penutupnya telah memaklumkan bahawa acara golf ini akan diadakan setiap dua bulan sekali di Lembah Kelang.  Antara ahli-ahli yang menyertai pertandingan pada kali ini adalah:

a. Mej Wahid (B), Mej Jen Dato' Husin Md Tahak (B), Lt. Kol Dato' Abd Rashid Wahab (B), Mej Dato' Hamdan (B), Kol Fadzil (B), Lt. Kol Zainuddin (B), Lt. Kol Satwan Singh,  Kol Jamal, Lt. Kol Alias, Lt. Kol Hj Emran 

b. Lebih memeriahkan lagi, majlis ini telah disertai juga oleh ahli-ahli yang tidak bermain golf termasuklah Kapt Rauf (B), Mej (TUDM) Tajudin (B), Lt. Kol (TUDM) Ahmad Husaini (B), Lt. Kol Dato' Che Yang (B), Kapt Makmor (B), Kapt Dato' Azmi (B), Mej Khair Parlan (B), Kapt Rosli Sham (B) dan Kapt Sazali (B) Keseluruhan perbelanjaan permainan golf ini telah ditaja oleh Mej Wahid (B)sendiri   selaku Presiden Kelab, dan sumbangan semua pemain untuk makan tengahari.  Sementara Lt. Kol Dato' Che Yang (B) dan Kapt Yusof Arshad (B) telah bermurah hati untuk menyumbangkan hadiah-hadiah. 

Sekalung ucapan tahniah kepada Presiden Kelab intake 32 kerana telah mencetuskan idea permainan golf ini bagi merapatkan hubungan antara ahli kelab


No comments:

Post a Comment